Friday, January 21, 2011

Misteri Pendaki Pertama Gunung Everest....

Terkai pertanyaan Adakah George Leigh Mallory (38) dan Andrew "Sandy" Irvine (22) telah mencapai puncak Everest pada Expedisi tahun 1924 itu.?Dua puluh lapan tahun lebih awal dari pendakian Sir Edmund Hillary bersama Tenzing Norgay yang saat ini masih tercatat sebagai pendaki Everest pertama (1953)
Untuk menjawab pertanyaan tersebut beberapa sumber mengatakan bahawa George Leigh Mallory pernah memimpin team ketiga dari Inggeris Raya bersama partnernya Irvine dan photographer Noel Odell pada 6 Jun 1924 yang dilabel nama The British Expedition 1924. Dengan membawa botol oxygen Asparratus cadangan mereka mendaki di musim moonson yang terkenal sangat berbahaya. Setelah dua hari pendakian, Odell yang memang tinggal di base tertinggi sempat melihat mereka mendaki pada sisi utara Everest, tapi pandangannya lalu terhalang awan dan cuaca yang selalu berubah-ubah. Itulah saat terakhir mereka kelihatan hingga akhirnya hilang di telan salji abadi Everest.
75 tahun kemudian tepatnya pada tahun 1999, Thom Pollard dari Everests Speakers Bureau cuba memaparkan bukti-bukti kuat yang didapati dari Mallory & Irvine Research Expedition (Mire 1999) dan meneliti kedudukan terkini saat duo Pendaki Inggeris tersebut hilang. Sejumlah geologist, ahli sejarah, pendaki serta sherpa terbaik turut tergabung dalam misi ini.
Jenazah Mallory ditemui pada ketinggian diatas 27.000 kaki, membeku di bebatuan beberapa ratus meter sebelum puncak dari pusat utara. Di sekitarnya terdapat peralatan lain seperti Vest Pocket Camera (Kodak), Altimeter, Jam tangan, Pisau, Tali panjat, Botol oxygen dan Kacamata salji.Semua benda itu dikumpulkan lalu dianalisa secara teliti, sayangnya Team mire ini tidak menyediakan rol filem yang telah digunakan kerana dipercayai Mallory terjatuh semasa pendakian turun hingga mengalami patah kaki kaki dan luka dikepala. Bukti kuat yang lain adalah kapak ais milik Irvine yang ditemui pada tahun 1933 serta beberapa kertas memo untuk Capt. Noel Odell, rekan satu teamnya yang terkini melihat Mallory dan masih hidup sekarang. Melihat buku nota peribadi yang masih utuh disaku Mallory, para penyelidik semakin yakin bahawa Mallory telah menaruh foto isterinya Ruth setelah mencapai puncak seperti yang dituturkan sebelum ini kepada Odell, namun kedudukan ditemukannya Mallory yang tetap dirahsiakan.
Ekspedisi besar ini, akhirnya menjawab misteri pendaki pertama Everest serta pengakuan langsung bagi pendaki sekaliber Mallory. Eric Simonson Team Leader Mire 1999 mengatakan "Mallory can from this day forward rest in peace" disertai senyum mengembang tanda kejayaan teamnya ..
Seperti menjadi jawaban dari legenda kata2 Mallory "Because it's there ....

No comments:

Post a Comment