Monday, July 4, 2011

Benda-Benda Pelik Yang Dilontar Di Padang Bola...

           Assalamualaikum..melihatkan tajuk di atas tentu sudah tidak menanti ape yang ku tulis di bawah..bai,akan ku huraikan tajuk ini..pada ketika aku ngah tgk perak vs kelantan aritu..ade la manusia2 yang biadap gi lontar KACANG PUTIH kat rela yang jaga tuh.;..ni bru kat msia..klu kat luaq negeri camna aih..jom kita tengok!!

          kat bawah ni, memang dah teruk dah ni.. try banding apa yang diorang buat dengan negara kita buat, diorang dah terlebih hardcore ni. haha
Donut!!!
Perghh, rugi dowh donut tu, dah la besar, suka ati je baling ke padang. Situasi ni berlaku bila peminat Croatia protes presiden kelab diorang dengan membaling donut yang besar ni.. Besar punya!!!
Arnab!!!
Arnab yang diimport segar dari ladang! haha, masih bernyawa lagi beb!  Kejadian ini berlaku di Cyprus, match di antara Apoel dengan Omonia Nicosia.
Vibrator?
Gambar di bawah mungkin berunsur 18SX. Kalau korang rasa dah besar tu, boleh la tengok yek pastu paham-paham sendiri lak yek, aku no komen. haha. Pelik-pelik betul diorang nih, benda tu pun bawak ke stadium ke? Klik Show di bawah untuk lihat gambar ini.

Skuter!!?
Ini dah kes berat! Sampai motor skuter pun dibawak masuknye, memang mat rempit hardcore ni. haha marah punya pasal sampai skuter dia pun nak dilemparnye. Ni berlaku time ada match di antara Inter Milan dan Atalanta, yang lagi bestnye, peminat Inter tu bukan baling skuter sendiri, tu skuter yang dicuri dari peminat lawan gak. haha.
Kepala Khinzir!
Kepala khinzir atau nama tak sopannye babi ini tidak ketinggalan dalam arena bola sepak ni. Babi juga turut serta dalam padang bola ni. haha. Menurut maklumat, ni terjadi disebabkan dalam tahun 2000 time Luis Figo tinggalkan FC Barcelona. Lepas tu, peminat Barcelona duk maki-maki Figo sebab tinggalkan Barcelona bila time amik corner kick time tu dah masuk kelab lain. Figo kena start dari dibaling syiling hinggala kepala babi! Dahsyat-dahsyat! Bahaya betul.
The Winner! Real Pig ALIVE!
Huh! Memang dah otai dah nih, kerek siot sampai babi hidup pun bawak pergi stadium. Lepas tu lepaskan lak tu, haha macam pemain simpanan lak benda ni.Siap ada orang beri kerjasama lagi tuh! Aku tak dapat maklumat sangat pasal ni tapi kejadian ni berlaku kat Poland tak silap aku.
Aku harap negara kita tak la hardcore sampai camni yek. Bahaya betul. Kawal emosi la kan, orang yang buat mesti dah emo tahap gaban dah ni. Relax la, just enjoy for fun kan. No need to be emotional. Kalau team kalah tu, relax la, balik tu lepak la kat kedai mamak sampai ke pagi ke, hilang tension. haha.
Psst! : Nasib baik diorang tak bawak jentolak atau steamroll lak yek, lagi haru dibuatnye! haha.
Sekian,Assalamualaikum..