Sunday, August 28, 2011

Perutusan Hari Raya Eidulfitri Daripada Izzman Hamdan.

            Assalamualaikum.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd

1.     Alhamdulillah, setelah sebulan kita melaksanakan jihad besar menentang hawa nafsu maka tibalah masanya untuk menyambut detik kemenangan, Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Sesungguhnya umat Islam Malaysia mempunyai banyak sebab untuk bersyukur. Tentunya sebab paling utama adalah kemampuan kita  menyambut hari lebaran ini dalam keadaan aman damai serta dilimpahi kemakmuran. Kita bebas dari peperangan, konflik, penindasan mahupun bencana alam sepertimana yang dialami atau melanda sesetengah saudara seakidah diseluruh pelusuk dunia.

2.     Maka, sebagai umat yang bersyukur, kita perlu berterima kasih kepada kepemimpinan negara terdahulu yang telah meletakkan asas kukuh kepada kejayaan Malaysia pada hari ini. Terima kasih kita juga ditujukan kepada anggota pasukan keselamatan yang telah mempertaruhkan jiwa dan raga mereka demi mempertahankan kemerdekaan serta kedaulatan negara sejak dahulu hingga sekarang. Tidak dilupakan, kepada para penjawat awam, guru, para pekerja, petani, peladang, usahawan dan nelayan. Segala usaha dan pengorbanan semua menjadi asas serta landasan kepada apa yang kita nikmati bersama.

3.      Hakikatnya, Malaysia adalah sebuah negara demokratik, majmuk, berbilang agama dan berbagai kaum dengan penganut Islam sebagai penduduk majoritinya. Semenjak lebih lima dekad lalu, sekalipun negara telah mengalami pasang surut perhubungan kaum, namun setiap cabaran telah berjaya kita hadapi dengan cemerlang termasuklah tragedi hitam 13 Mei 1969. Persoalannya, apakah formula yang telah membolehkan kita menghadapi segala cabaran nasional ini dengan baiknya?

4.      Jawapannya adalah kerana kita umat Islam di Malaysia semenjak ajaran agama yang suci tiba di rantau ini, telah mengamalkan  pendekatan wasatiyyah atau pertengahan dalam kehidupan beragama  bersesuaian dengan mafhum firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah, ayat 143;
“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu (umat Islam) ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu”.

5.      Pendekatan wasatiyyah inilah juga yang telah menyebabkan Malaysia muncul sebagai antara negara Islam termaju di dunia.  Ia juga telah meletakkan umat dan negara digarisan yang betul menuju negara Islam berstatus maju dengan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

6.      Selain itu, kita hendaklah mengelakkan diri daripada terjerumus dengan gejala ekstremisme mahupun kejumudan. Sesungguhnya jika kita membuka ruang atau memberi kesempatan  kepada  gejala-gejala tersebut untuk mekar subur, bererti kita menanam bibit-bibit kehancuran yang akan meruntuh segala yang terbina selama ini.

7.      Pendek kata, sebagai penduduk majoriti, umat Islam mempunyai tanggungjawab moral memikul amanah kepemimpinan negara. Ini adalah tuntutan yang kita tidak dapat  lari daripadanya. Ia menuntut ketegasan,  kebesaran jiwa dan sikap berlapang dada. Malah, semenjak merdeka kita telah berjaya menunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin dan setiap generasi perlu meneruskan tuntutan moral tersebut secara yang lebih baik.

8.      Sayang sekali, akibat mengikut nafsu dan amarah, Islam hari ini menjadi agama yang disalahertikan. Tanggapan dan telahan yang tidak benar menjadi kelaziman seperti, Islam adalah agama pengganas, terkebelakang serta tidak progresif. Sesungguhnya ajaran Islam sebenar amat berbeza dari imej dan tanggapan sedemikian. Islam sebenarnya adalah agama yang amat progresif dan toleran. Ia bersifat universal atau sarwajagat. Bahkan cara hidup Islam adalah amat sesuai dengan fitrah manusia dan ia sesuai untuk semua zaman serta situasi.

9.      Semenjak merdeka kepemimpinan negara menyedari bahawa perpaduan kebangsaan serta kestabilan adalah pra-syarat utama kepada kelangsungan dan kebahagiaan nasional.  Perpaduan nasional tidak akan bersifat mapan dan tuntas kecuali ia diteraskan kepada perpaduan umat Islam yang mantap. Apabila umat Islam tidak mampu mencapai ijmak di dalam perkara-perkara asas beragama dan berpolemik pula secara yang tidak berkesudahan serta bersifat memusnah, tidak mungkin cita-cita kestabilan nasional tercapai. Dari itu, marilah kita menunaikan tanggungjawab kita untuk menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional.

10.    Teruskanlah tradisi rumah terbuka yang selama ini menjadi amalan. Runtuhkanlah tembok prasangka dan rongkaikan prejudis dengan membuka seluas-luasnya pintu rumah kita serta pintu hati kita untuk rakan-rakan kita dari pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia. Jelas sekali, ini adalah tradisi Malaysia yang bitara atau amat unik dan tidak berlaku di mana-mana negara di dunia dimana rakan-rakan dari pelbagai kaum serta agama boleh mengunjungi kita tanpa sebarang halangan mahupun kebimbangan.

11.    Sehubungan itu, pada kesempatan ini, saya ingin menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya, rakan dan keluarga di atas apa-apa yang terkhilaf. Saya berdoa kepada Alllah SWT supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan ini dengan penuh kegembiraaan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang.

Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd

Sekian, Assalamualaikum.

( HAKCIPTA TERPELIHARA )



Sunday, August 7, 2011

Salam Sahur !

            Assalamualaikum. Pada pagi subuh ni, aku nak mengucapkan selamat berpuasa hari yang ke-8. Pada pagi ni,aku nak tulis pasal seorang facebooker`s...btul ke?Nur Farhanne Ridza...takkak tak kenal kot? aku dah buat tiga entry pasal dya...cita dia macam ni..die tulis satu note pasal aku kat facebook...drpd aku kenal dia dari dya darjah lima sampi dye msk skola menegah...nah korang bacalah.




deq, ingt x ???
kte knal kt Kelab Nuri...
kdang2, kte bwt hal sndiri...
lyan kwn2 yg knl je...
kdang2, smpi kutuk2..gdoh...
tp, last2 ok blik....

dh nk awl thun.....
Kelab Nuri dh kurng member...
sbb ad yg sibuk blaja..
last2,, xde org lnsung...
nseb bek time last akak chat kt klab 
nuri tu, akak dpt e-mail adq kt FB...

time kt FB pn kte krang tgur sgt...
sbb akak jrang on9...
tp, kte x ksah sgt...
bkan ad pape pn...

tibe lh stu ari tu,,
adq ad account bru...
adq ckp, account lme rmay sgt
org yg x d'knali...(mybe kott)

akak boring...aq pm adq..
akak ckp, 
(lpe laa ) hehehe

lps dri hri tu laa
kte dh start pnggl
adq akak...
mse mle2 tu mmg rse kekok
dh lme2 dh byase daa

dlm bpe blan tu,
akak dh nk 'brperang'
adq bg smangat...
(wlaupn akak x bce time tu)


lpas akak dh 'merdeka'
akak dh slalu on9..
pstu......(lpe la) heheheh


lps result upsr akak kluar..
aq sdih sgt2...
mcm nk bnuh diri je...
tp akak x ckp...
sdih yg tramat sgt...
tp, akak bngge sbb 
sume org trdkat akak bg
smangat...
adq,family n kwn2...
akak bngkit blik...

smpi skrg....
thx adq...
thx sgt2....
  
puitis wei..

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1st blog promote...by IzzmanHamdan

           Assalamualaikum.Apa khabat kome? sehat.buat entry ini aku akan promote blog dan! membuat huraian tentang blog tersebut.Tentu anda tertanya-tanya Blog anda masuk ke tak kan?berangan la ko.bukan ade org bce blog ko pon.:P.

              So,first blog is.....drummm(bunyi drum n mercun)
                                   http://encikizzul.blogspot.com/,my brother one.sori x leh tuka link blog,gile kot.

Huraian: Sebuah blog simple bertemakan putih dan ungu milik jejaka kacak.konon.Mula blogging awal 2009 katenye.blog yang sarat ngan informasi,halehwal semasa,entry berjiwa remaja.chop2..apesal aku tulis mcm orang skema nih?
dan....errr (taktau nak ckp ape)...dan cantik!
             
        2nd:........http://aqnurfarhanne.blogspot.com/........

Huraian:I call the owner akak. A very 2 nice blog.with colour of red and pink bukan ungu ke? dengar cerite..tgh wat 10 day challenge...blog yg ku ambik untuk wat inspirasi header...(tpi x jdi)...

Cukup tak due? tak cukup? nanti lah aku undate lgi...nantikan next entry yang bertajuk : 10 Lagu Yang Mengubah Dunia   

Sekian,Assalamualaikum.

p/s: sedang dalam proses nak buat nuffnang..nantikan :)